Konsep Affiliate  

Posted by TEAM JUTAWAN INCOME 100

Infinity Downline memberikan anda...

  • Penebusan modal 100% dengan jualan pertama
  • Komisyen tetap 100%
  • Pembayaran komisyen terus daripada pembeli kepada pengusaha bisnes affiliate di bawah konsep sistem affiliate Pay Per Lead yang digunakan oleh Pengelola (untuk memahami sistem ini, sila ke BLOG KAMI)

    ..kerana ia Bisnes Affiliate dan BUKAN MLM!


Tahukan Anda Apa Itu Sistem Affiliate?

Sistem Affiliate adalah salah satu cara menjana pendapatan yang dipopularkan di internet kerana ia merupakan kaedah pemasaran dan pengiklanan yang amat mudah tetapi amat berkesan. Sistem Affiliate di internet digunakan oleh pemilik laman web penjual yang merekrut agen-agen promoter untuk mempromosikan produk mereka. Selepas mendaftar sebagai agen affiliate, agen diberikan link affiliate (iaitu link promosi). Agen yang kini digelar Affiliate, kemudiannya menggunakan link tersebut untuk melakukan promosi dan diberi komisyen untuk setiap jualan yang berasal dari link affiliate mereka.


Contoh Program Affiliate di Internet

Contohnya:
Penjual mengeluarkan produk tidak kira fizikal, digital dan sebagainya, contohnya e-book bertajuk “Panduan Asas Infinity Downline”. Penjual kemudiannya memasang sistem affiliate di mana sesiapa sahaja boleh mempromosi ebook tersebut setelah mereka melakukan pendaftaran sistem affiliate. Komisyen ditetapkan sebanyak 25% dimana jikalau harga ebook RM40, affiliator yang berjaya melakukan penjualan ebook itu melalui “link referral/id” mereka akan memperolehi komisyen sebanyak RM10.

Untuk memahami konsep Affiliate Infinity Downline, sila layarihttp://idasiacommunity.blogspot.com/2010/03/affiliate-marketing-101-memahami-model.html

Bolehkan Program Affiliate Dijadikan Bisnes Rangkaian?

Ya. Yang membezakan Affiliate Bertingkat dengan Affiliate biasa ialah program bertingkat membolehkan pendapatan berulang dari Ahli Affiliate lain yang dibawa masuk ke dalam sistem yang sama. Ahli Affiliate tersebut perlulah mendaftar sebagai affiliate dari link refferal Sponsor dan apabila mereka pula menjual produk, Affiliate Sponsor akan menjana pendapatan melalui referral oleh Affiliate di bawah mereka pula (bukan dalam bentuk % dari jualan ahli affiliate 'downline' tetapi bayaran tetap terus dari penjual asal).

Contohnya:
Saya mempunyai link affiliate daripada kedai buku Amazon.com. Anda membeli buku dari kedai tersebut dengan klik pada link saya. Saya mendapat RM10 daripada penjual (Amazon) kerana saya menjadi 'agen pengiklanan' mereka. Anda pula menjadi ahli affiliate dengan Amazon.com selepas membeli buku itu. Bila anda pula membuat jualan, and mendapat RM10 dan saya pula mendapat RM2 daripada penjual (Amazon) kerana asalnya saya yang 'membawa' anda ke dalam program. Tetapi saya tidak akan mendapat komisyen daripda jualan downline/affiliate anda pula. Ia berhenti dengan DUA TINGKAT sahaja. Bererti saya hanya menjana pendapatan dari jualan ahli affiliate yang masuk melalui saya sahaja
.

>>Infinity Downline Merupakan Program Affiliate<<>

Apa Kelebihan Bisnes Affiliate Infinity Downline Berbanding Program Rangkaian Tradisional?

Penjanaan pendapatan lebih ringkas dan mampat kerana
  • Oleh kerana komisyen ialah 100%, Syarikat tidak memproses pembayaran dan membenarkan affiliate menerima pembayaran terus dari pembeli. Jadi tiada tempoh menunggu kerana anda dibayar tunai serta-merta apabila ahli baru/pelanggan 'membeli' keahlian bisnes melalui link anda
  • Setiap ahli menerima pembayaran bersih 100% tidak kira ahli baru atau ahli lama. Sistem Affiliate tidak mengamalkan sistem pangkat atau tahap pendapatan maksima. Ahli baru boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada ahli lama jika promosi mereka lebih efektif
  • Ahli tidak perlu menambahkan jumlah modal untuk layak dibayar lebih. Tahap pendapatan bergantung hanya kepada tahap keusahawanan anda menjayakan promosi link anda
  • Anda akan sentiasa mendapat komisyen tetap 100% dari setiap jualan jadi anda tidak perlu mahir mengira/memantau komisyen. Syarikat tidak akan mengambil sesen pun komisyen daripada jualan anda kerana hanya mementingkan penjanaan senarai prospek dan penyebaran 'jenamanya'.
  • Tiada keperluan mencari 'kaki downline' yang dalam sebelum mendapat pendapatan yang lumayan. Setiap jualan memberikan pendapatan serta-merta. Seperti bisnes di kedai biasa, jumlah jualan dan bukannya 'saiz kaki downline' menjadi punca pendapatan yang lumayan.

Jadi Apa Perbezaan Ketara di antara Bisnes MLM dengan Bisnes Affiliate ID?

Program MLMProgram Affiliate ID
Berbilang tingkat, tidak terkira. Upline mungkin tidak akan mengenali downline selepas tingkat kedua. Hanya dua tingkat maksima, tetapi setiap ahli diletakkan secara langsung di bawah Upline jadi Upline akan sentiasa mengenali semua downline-nya
Layak bonus dengan maintain produk dan menepati kuotaKomisyen adalah jumlah tetap untuk SETIAP jualan. Tidak perlu menepati sebarang kuota
Syarikat mengira bonus mengikut peratusan penjualan/target/tahap keahlianKeuntungan mengikut jumlah jualan sahaja
Pengelola menjalankan program untuk menjual produk jadi komisyen diikat kepada jumlah jualan produkPengelola menjalankan program untuk mengiklankan produk jadi komisyen tetap asalkan adanya pelanggan baru untuk mereka masuk ke dalam sistem
Ahli perlu menepati syarat-syarat pengelola/ kumpulan dalam menjalankan bisnes kerana menjadi agen penjual produkAhli menjalankan perniagaan secara bebas kerana menjadi agen pengiklanan syarikat dan bukan agen menjual produk syarikat

This entry was posted on 5:08 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments